Thursday 30 July 2015

 

DIY-CARA MUDAH ,SENANG DAN CERMAT

Assalamualaikum,
Salam sejahtera kepada anda di luar sana,okay pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua tentang cara-cara membuat homemade aiskrim oreo,sperti yang kita tahu kanak-kanak sekarang kebanyakan suka dengan aiskrim dan ini juga dapat kita mengurangkan budget belanjawan 2020 kita,dengan melakukan resepi sebegini dan kita dapat membuat  sebagai perniagaan untuk menambah income pendapatan kita.senang sahaja untuk melakukan resepi.Tanpa membuan masa saya akan berkongsi kepada para pembaca cara membuat homemade aiskrim oreo

Cara Mudah Buat Homemade Ice Cream Oreo




Bahan-bahan Buat Homemade Ice Cream Oreo
1 tin susu cair ( tak kira jenama apa pun, asalkan halal)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 susu pekat ( atau 6-7 sudu atau ikut pilihan rasa manis masing-masing )
1 sudu besar ovalett
Satu paket kecil biksut oreo ( blend kasar atau hancurkan )

Cara Menyediakan Homemade Ice Cream Oreo
  • Masukkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau boleh juga guna blender.
  • Putar semua bahan dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).Kalau guna blender, hadkan putaran dalam 10 minit sekali putar.
  • Tuang semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ice cream yang disukai.Nak senang, guna bekas yang bertutup.
  • Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan tadi.Kacau bagi rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.



  • Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras, kemudian bolehlah dimakan.

Tips dan Panduan buat homemade ice cream oreo
  • Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur.Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.
  • jika anda masukkan telur, jangan takut ice cream akan berbau hanyir sebab tidak dimasak, kerana bau esen vanilla cukup untuk menghilangkan bau hanyir telur.
  • Jika anda tidak pernah menggunakan ovalett, ia merupakan sejenis bahan yang berfungsi sebagai penstabil dalam membuat kek misalnya kalau nak buat kek span. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam adunan naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
  • Ovalett boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco, Mydin atau kedai yang menjual barang kek.

Saturday 25 July 2015

Dapur Raya 2015

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar sana iaitu resepi masakan,pada di luar sana seperti ibu-ibu dan yang meminati masakan,lagi pula sudah nak dekat menyambut hari Raya aidilfitri ini,mestilah sebagai para isteri mestilah pening untuk memikirkan apa yang perlu dimasak,bagi sesetengah orang,hanya membeli di luar sana kerana senang dan pelbagai jenis kuih yang dijual dan harga yang berpatutan seperti di kuala lumpur,di kawasan jalan TAR(Tunku Abdul Rahman),dan kawasan selain dengannya ,Bagi para sahabat yang ingin menghidangkan kuih muih daripada air tangan sendiri dan yang ingin mencuba resepi yang saya ingin kongsikan iaitu resepi "BISKUT FERRERO ROCHER" dan resepi yang lain..


Bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat biskut ini ialah:

250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara -cara untuk melakukannya ialah:

-putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
-masukkan esen vanilla.
-masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
-panaskan oven suhu 150c.
-bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
-bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
-golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
-bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
-cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang...;)



Inilah hasil yang akan para sahabat di luar sana perolehi....Selamat mencuba...

Seterusnya,resepi yang sangat gemari dan senang sahaja untuk dihasilkan bagi para sahabat yang saya kasihi iaitu resepi "biskut coklat pretzel",bahan yang perlu ada ialah :

-250 gm mentega
-120 gm gula aising
-100 gm telur
-50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
-450 gm tepung
-10 gm serbuk koko

Cara untuk menghasilkannya ialah:

- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.



Inilah hasil yang akan anda peroehi,
  Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi....


Referrence
-Jiran blog sebelah...hihihi



Assalamualaikum,
Pada kali ini saya ingin berkongsi cara untuk menghias balang kuih raya,semestinya terutama kepada kaum hawa kerana mereka memikir apakah corak dan bentuk yang kelihatan menarik dan cantik supaya Hari Raya Aidilfitri disambut dengan ceria dan gembira,seterusnya dengan cara ini kita dapat mengurangkan kos untuk menempah balang kuih raya,dan boleh menghias balang kuih raya mengikut citarasa kita yang tersendiri.tanpa membuang masa saya ingin menunjuk cara-cara untuk menghias balang kuih raya.


DO IT YOURSELF: BALANG KUIH RAYA


1. Bahan-bahan yang diperlukan:
    balang plastik,  kain kapas, renda, riben,
    span nipis, bunga, glue gun, glue stick, gunting.
    manik, tasel, kain lace (opsyenal)










Kaedah membuat:




a. Potong kain dan span mengikut saiz penutup balang
 (potong besar sedikit dari saiz penutup)
b. Lekatkan span pada atas penutup dan juga
 bahagian tepi (gunakan gam panas)
c. potong bahagian span yang berlebihan



d. Lekatkan pula kain kapas di atas lapisan
span tadi (sama seperti langkah di b)
e. Potong bahagian kain yang berlebihan.
(boleh juga lekatkan kain lace di atas kain cotton)




f. Potong renda organza dan lekatkan



 di keliling penutup tadi.
g. Lekatkan pula riben atau renda cotton
di bahagian atas renda tadi
(untuk menutupi bahagian renda yang tidak rapi)





h. Hias bahagian penutup tadi dengan
 riben, manik, bunga dan tasel.
i. Lekatkan pula bahagian keliling tepi
 balang dengan renda atau riben.
(anggaran 1/3 dari bahagian bawah balang)


Sekarang, balang kuih telah pun siap dihias... Mudahkan???
Contoh yang telah siap……



References; Soffea`s Lil Cottage_ Do It Yourself Project_ Balang Kuih Raya




Wednesday 22 July 2015

Assalamualaikum,
 


 terlebih dahulu saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada yang sudi melawati entri saya,Ini adalah pertama kali saya membuat blog.Pada permulaannya memang agak sukar sedikit kerana saya beru sahaja mempelajari cara dan penggunaan blog tersebut.Tanpa membuang masa saya ingin memperkenalkan diri saya,nama saya muhammad Fauzan Bin shahril Izam ,Berasal daripada perak,berumur dalam lingkungan 20 tahun,Sekarang saya telah sambung belajar di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,Sarawak ,mengambil jurusan Diploma Food Estatw In Management,Hobi saya bermain bola tampar,berenang dan sebagainya.Ini adalah sedikit sebanyak daripada profil saya dan saya harap anda di luar sana dalam keadaan baik dan sihat sejahtera,terima kasih kerana mengunjungi halaman blog saya..

Template by:

Free Blog Templates