Saturday 25 July 2015


Assalamualaikum,
Pada kali ini saya ingin berkongsi cara untuk menghias balang kuih raya,semestinya terutama kepada kaum hawa kerana mereka memikir apakah corak dan bentuk yang kelihatan menarik dan cantik supaya Hari Raya Aidilfitri disambut dengan ceria dan gembira,seterusnya dengan cara ini kita dapat mengurangkan kos untuk menempah balang kuih raya,dan boleh menghias balang kuih raya mengikut citarasa kita yang tersendiri.tanpa membuang masa saya ingin menunjuk cara-cara untuk menghias balang kuih raya.


DO IT YOURSELF: BALANG KUIH RAYA


1. Bahan-bahan yang diperlukan:
    balang plastik,  kain kapas, renda, riben,
    span nipis, bunga, glue gun, glue stick, gunting.
    manik, tasel, kain lace (opsyenal)










Kaedah membuat:




a. Potong kain dan span mengikut saiz penutup balang
 (potong besar sedikit dari saiz penutup)
b. Lekatkan span pada atas penutup dan juga
 bahagian tepi (gunakan gam panas)
c. potong bahagian span yang berlebihan



d. Lekatkan pula kain kapas di atas lapisan
span tadi (sama seperti langkah di b)
e. Potong bahagian kain yang berlebihan.
(boleh juga lekatkan kain lace di atas kain cotton)




f. Potong renda organza dan lekatkan



 di keliling penutup tadi.
g. Lekatkan pula riben atau renda cotton
di bahagian atas renda tadi
(untuk menutupi bahagian renda yang tidak rapi)





h. Hias bahagian penutup tadi dengan
 riben, manik, bunga dan tasel.
i. Lekatkan pula bahagian keliling tepi
 balang dengan renda atau riben.
(anggaran 1/3 dari bahagian bawah balang)


Sekarang, balang kuih telah pun siap dihias... Mudahkan???
Contoh yang telah siap……



References; Soffea`s Lil Cottage_ Do It Yourself Project_ Balang Kuih Raya




0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates