Thursday 30 July 2015

 

DIY-CARA MUDAH ,SENANG DAN CERMAT

Assalamualaikum,
Salam sejahtera kepada anda di luar sana,okay pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua tentang cara-cara membuat homemade aiskrim oreo,sperti yang kita tahu kanak-kanak sekarang kebanyakan suka dengan aiskrim dan ini juga dapat kita mengurangkan budget belanjawan 2020 kita,dengan melakukan resepi sebegini dan kita dapat membuat  sebagai perniagaan untuk menambah income pendapatan kita.senang sahaja untuk melakukan resepi.Tanpa membuan masa saya akan berkongsi kepada para pembaca cara membuat homemade aiskrim oreo

Cara Mudah Buat Homemade Ice Cream Oreo




Bahan-bahan Buat Homemade Ice Cream Oreo
1 tin susu cair ( tak kira jenama apa pun, asalkan halal)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 susu pekat ( atau 6-7 sudu atau ikut pilihan rasa manis masing-masing )
1 sudu besar ovalett
Satu paket kecil biksut oreo ( blend kasar atau hancurkan )

Cara Menyediakan Homemade Ice Cream Oreo
  • Masukkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau boleh juga guna blender.
  • Putar semua bahan dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).Kalau guna blender, hadkan putaran dalam 10 minit sekali putar.
  • Tuang semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ice cream yang disukai.Nak senang, guna bekas yang bertutup.
  • Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan tadi.Kacau bagi rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.



  • Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras, kemudian bolehlah dimakan.

Tips dan Panduan buat homemade ice cream oreo
  • Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur.Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.
  • jika anda masukkan telur, jangan takut ice cream akan berbau hanyir sebab tidak dimasak, kerana bau esen vanilla cukup untuk menghilangkan bau hanyir telur.
  • Jika anda tidak pernah menggunakan ovalett, ia merupakan sejenis bahan yang berfungsi sebagai penstabil dalam membuat kek misalnya kalau nak buat kek span. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam adunan naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
  • Ovalett boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco, Mydin atau kedai yang menjual barang kek.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates