Saturday 25 July 2015

Dapur Raya 2015

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar sana iaitu resepi masakan,pada di luar sana seperti ibu-ibu dan yang meminati masakan,lagi pula sudah nak dekat menyambut hari Raya aidilfitri ini,mestilah sebagai para isteri mestilah pening untuk memikirkan apa yang perlu dimasak,bagi sesetengah orang,hanya membeli di luar sana kerana senang dan pelbagai jenis kuih yang dijual dan harga yang berpatutan seperti di kuala lumpur,di kawasan jalan TAR(Tunku Abdul Rahman),dan kawasan selain dengannya ,Bagi para sahabat yang ingin menghidangkan kuih muih daripada air tangan sendiri dan yang ingin mencuba resepi yang saya ingin kongsikan iaitu resepi "BISKUT FERRERO ROCHER" dan resepi yang lain..


Bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat biskut ini ialah:

250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara -cara untuk melakukannya ialah:

-putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
-masukkan esen vanilla.
-masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
-panaskan oven suhu 150c.
-bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
-bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
-golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
-bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
-cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang...;)



Inilah hasil yang akan para sahabat di luar sana perolehi....Selamat mencuba...

Seterusnya,resepi yang sangat gemari dan senang sahaja untuk dihasilkan bagi para sahabat yang saya kasihi iaitu resepi "biskut coklat pretzel",bahan yang perlu ada ialah :

-250 gm mentega
-120 gm gula aising
-100 gm telur
-50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
-450 gm tepung
-10 gm serbuk koko

Cara untuk menghasilkannya ialah:

- Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
- Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
- Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
- Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.



Inilah hasil yang akan anda peroehi,
  Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi....


Referrence
-Jiran blog sebelah...hihihi


0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates